Saturday, February 4, 2012

Dugaan AKAN Tiba juga.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Setiap orang mempunyai dugaan dan cabaran hidup masing-masing. Ada yang ditipu, ditindas, diperlekehkan dan macam-macam lagi buatan orang terhadap diri masing-masing. Aku tidak mengalami semua ini sehinggalah pada tahun 2006.
        
        2006 merupakan bermulanya tahun aku melangkahkan kaki ke zaman remaja yang lebih mencabar. Berkat keputusan PMR, aku berjaya ditempatkan ke STAR Ipoh, sebuah SBP Elite Premier, atau begitulah panggilannya. Aku terasa disisihkan kerana mungkin aku seorang freshie (pelajar baru) dikalangan mereka yg mana telah berada disitu semenjak 2003. Ada di antara mereka yang melayan ku dengan baik. Ada di antara mereka telah meninggalkan parut di hati akibat perbuatan mereka dibelakangku. Apalah sangat yang aku boleh lakukan kerana aku hanyalah seorang pelajar yg baru yang culture shocked. Dituduh mencari publisiti murahan kerana berbaik dengan seorang guru praktikal. Digelar Mat Indon kerana suka menyanyi lagu indon masa itu. Haih..itulah zaman remaja aku yang perit.
         
       Tapi Alhamdulillah semua perjalanan aku disekolah itu semakin baik pada tahun 2007. Aku sudah lali dengan kata-kata orang. Aku juga mempunyai ramai teman-teman yang baik. Dan oleh sebab itu kenakalan aku juga menunjukkan diri. Memanjat bangunan 4 tingkat hingga duduk di bumbung, menulis nama di tangki air di bumbung tersebut, fly dari sekolah dan macam-macam lagi. Seronok betul bila diingatkan kembali. Boys will be boys. That’s all I’m saying.
      
          Tahun 2011 merupakan salah satu titik tolak dari sikap aku yang terhasil daripada tahun 2007. Aku tersentak apabila aku terjatuh dalam satu kumpulan bisnes yang membuatkan aku berhutang sebanyak RM 2110. Satu minggu yang pedih aku alami setelah dibawa oleh kawan baikku sendiri pada waktu itu. Aku tidak salahkan dia kerana membawa aku ke situ. Aku menyalahkan diri aku sendiri kerana aku tidak kuat mengawal tekanan yang ada dalam diri waktu itu. Aku masih mentah. Hutang itu dikira paling banyak yang aku pernah lalui setakat ini. Akibatnya memberikan impak yang sangat besar dalam hidup aku.
           
     Tapi tidak mengapa, aku anggap dugaan itu sebagai salah satu platform untuk aku melompat lagi tinggi untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment