Saturday, February 4, 2012

The Birth and The Story After

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada pagi April 11 haribulan tahun 1990, tersaksinya dunia akan keperitan seorang wanita dalam melahirkan anaknya yang pertama ke dunia ini. Atas kurniaan Allah wanita ini dikurniakan seorang anak lelaki. Alangkah gembiranya hati suaminya kerana kelahiran ini berakhir dengan jayanya. Lalu anak ini diazankan sebagai tanda kesyukuran dan dinamakan sebagai Amirul Mu’min yang bermaksud Pemimpin Orang Mu’min.
    
            Amirul Mu’min ialah nama yang sangat unik yang telah diberikan oleh ibubapa ku. Personally, aku berasa berat untuk membawa nama ini kerana maksudnya yang sangat mendalam dan penuh dengan tanggungjawab sebagai salah seorang khalifah di atas muka bumi ini. Walaubagaimanapun, aku dibesarkan dengan penuh kesederhanaan dan susah payah ibubapaku.
      
          Zaman kecilku penuh dengan pindah randah. Sehingga kini, aku telah bermastautin di pelbagai tempat di Malaysia ibarat anak kepada seorang tentera. Ampang, Setapak, Pulau Pinang, Ipoh, Temerloh dan kini Bentong. Bermacam-macam pengalaman telah kurasai. Segala kenakalan dan masalah hidup aku tempuhi berseorangan dan kadang-kadang bersama ibu bapa ku. Sebagai anak sulung dalam 6 orang adik beradik, kadang-kadang aku melihat diriku sebagai seorang abang dan sebagai seorang adik. Kerana sikap ku suka bermanja-manja, lembut hati, pemalas dan takut-takut banyak merosakkan imej aku sebagai seorang abang secara peribadi.
      
          Namun kini di saat umur aku hampir mencecah 22 tahun, aku bertekad untuk mula bertindak melakukan sesuatu untuk menaikkan taraf kehidupan aku dan juga keluargaku.

No comments:

Post a Comment