Thursday, February 16, 2012

4 peringkat dalam Litar Kehidupan. Get, Set! Go!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

                Dalam post kali ini saya nak bawa para pembaca sekalian kepada satu realiti sepanjang hidup kita ni. Kemungkinan ada di antara para pembaca sekalian merupakan salah seorang pelajar dan bekas pelajar dari sebuah institusi awam atau institusi swasta di Malaysia ni. Jadi saya cuba ringkaskan sedikit apa yang saya cuba utk sampaikan supaya mudah utk difahami oleh anda semua pembaca yang saya sayangi.

Apa yang saya belajar semenjak saya menjadi salah seorang Konsultan Takaful ni, ialah kesedaran terhadap hidup saya pada 5-15 tahun akan datang, dan lebih jauh dari tu. Ia membuatkan saya sedar juga bahawa graduan-graduan tahun millennium ni lambat smpi informasi berkenaan simpanan takaful ni. Yelah, kebanyakkan IPTA dan IPTS tak begitu mengambil berat tentang ilmu perlindungan takaful ni. Jadi memang payah la para mahasiswa nak tahu apebende la takaful ni.

Jadi kita semua ni sebagai seorang manusia sedang berjalan di atas satu litar, yang dinamakan LITAR KEHIDUPAN. Ada 4 peringkat dalam litar kehidupan ini yang anda semua patut sedar keadaan ‘environment’nya.  


                      1.      Peringkat kelahiran/baru lahir/bayi

Korang tahu tak apabila seseorang nak pergi beli kereta nanti, sebelum je kunci kereta tu sampai kat tangan orang yg membelinya, pembeli tu perlu menyiapkan insurans keretanya sebelum dapat road tax utk kereta itu. Insurans kereta ni dapat bantu pembeli itu dari segi pampasan perlindungan jika berlaku kemalangan yang kita tak jangka akan jadi. Nampakkan function insurans kpd kereta? Ok. Sedangkan kereta yang baru beli pon dah ada insurans. Hanya satu material machine yang tak bernyawa ini mempunyai insurans, kenapa tidak mempunyai perlindungan insurans/takaful kepada bayi yang baru lahir? Seorang manusia yang baru menghidup udara dunia juga perlukan perlindungan seperti kereta tu. Supaya, jika apa-apa perkara yang terjadi terhadap bayi itu, termasuklah sakit atau minta maaf cakap, mati, para penjaga akan mendapat wang perlindungan (coverage) dari pihak MAA Takaful, lump sump. Begitulah umpamanya. Bayi, anak-anak perlu dijaga dari segi perbelanjaan masa hadapan juga. MAA Takaful telah menyediakan satu produk yang bernama MAA Takafulink Education. Yang mana, setiap simpanan yang dibuat oleh ibubapa utk anak-anak ini ialah utk memberi kemampuan kepada ibubapa membiayai anak-anak mereka utk masuk ke universiti nanti. InsyaAllah, tak perlu bersempit dengan PTPTN. Kan untung kat situ. Paling untung sekali kat baby la, orang lain tanggung perbelanjaan die.


This is my youngest sister. Now she's 4 years old. My parents do MAA Takafulink Education for her.



2.       Peringkat Remaja.

Peringkat ni kita dpt lihat remaja semakin terdedah dengan realiti dunia. Di sini mereka telah pun mempunyai pendirian, idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka juga makin bebas utk bergerak ke sana ke mari. Meeting dgn member. Pergi ke kelas. Macam-macam lagi. Oleh itu, risiko yang mungkin mereka akan hadapi jugak semakin banyak. Saya mempunyai seorang sepupu yang telah meninggal semasa umur beliau 17 tahun, iaitu pada tahun 2009, disebabkan kemalangan motorsikal. Saya sendiri pernah jatuh motor. Macam-macam perkara yang kita tak jangka akan jadi. Tapi apa yang kita boleh expect ialah, coverage dari perlindungan takaful. Salah satu produk di MAA Takaful yang dipanggil Smart Medic 100 plan. InsyaAllah dapat membantu meringankan perbelanjaan hospital. Anda mungkin tak tahu, kos rawatan di hospital semakin mahal dan ramai menanggung hutang sebab itu. Time remaja ni jugak, ibu bapa kita yang menampung keperluan kewangan kita.



Pemegang polisi Smart Medic 100 akan disediakan sekali Medical Card seperti ini untuk memudahkan lagi proses pembayaran. Nice kan =)



3.       Peringkat dewasa/bekerja

Ada di antara mereka yang telah mencapai cita-cita time ni. Ada yang masih mencari-cari. Apa-apa pun, mereka sudah tidak ditanggung oleh siapa-siapa lagi. Hanya mereka sendiri yang bertanggungjawab terhadap periuk nasi mereka sendiri. Perkara yang sama seperti peringkat remaja tadi. Terdedah dengan pelbagai risiko. Kalaulah apa-apa jadi kat mereka, siapa nak tanggung? Beruntung bagi mereka yang dah menyertai product MAA Takaful, kalau apa-apa jadi pada mereka, MAA takaful yang akan tanggung semua. Lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin dan beranak-pinak. 

4.       Peringkat Emas

Bagi saya, peringkat yang paling penting sekali dalam hidup kita. Beruntung bg mereka yang banyak rezeki semasa peringkat remaja dan dewasa mereka. Tapi itu semua bergantung kepada takdir dan nasib. Siapa kita nak mengubah semua ni. Ada yang tak larat nk kerja lagi, duit kwsp da habis, bisnes tak baik, anak-anak sibuk dengan urusan masing-masing, kesihatan tak menentu, tak mati-mati pulak tu (minta maaf ckp). Apa je yang dapat tanggung hidup kita dari segi kewangan nanti. Bg yang telah membayar caruman serendah RM500 sebulan utk Retirement Plan sejak dari peringkat remaja atau dewasa, keadaan mereka lebih selesa sebab selepas umur mereka 55,65, lebih daripada RM100,000 akan masuk dalam akaun bank mereka. Alhamdulillah, syukur. Senang hati sikit.

Jadi itulah sedikit sebanyak apa yang yang dapat kongsikan pada post kali ni. Saya hanyalah penyampai maklumat dan khabar gembira saja. Yang berfikir dan membuat keputusan dengan bijak, ialah anda.

No comments:

Post a Comment