Thursday, February 16, 2012

Ya Allah, kabulkanlah doa hamba-Mu ini T_T

Setiap muslim yang berakal mesti bercita-cita untuk pergi menunaikan Ibadah Haji ke Baitullah sebagai tanda pentaatan kepada Allah kerana Ibadah Haji merupakan penyempurnaan keislaman bagi seorang muslim sebagaimana sabda Rasulullah SAW:



“Islam dibangun di atas lima sendi yakni: Bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahwa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah, Menegakkan Shalat, Membayar Zakat, Berpuasa di bulan Ramadhan dan Menunaikan Ibadah Haji bagi yang telah mampu”(HR.Bukhari)


Hadis di atas mengumpamakan Agama Islam dengan sebuah bangunan yang harus memenuhi 5 komponen asas iaitu
1. Batu asas agama Islam iaitu dua kalimat syahadat
2. Tiang agama Islam iaitu solat lima waktu
3. Pintu dan Jendela agama Islam iaitu terbayarnya zakat infaq dan sedekah
4. Tembok / dinding agama Islam iaitu sempurnanya puasa di bulan ramadhan
5. Ibadah haji sebagai bumbungnya




Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk melengkapi keperluan setiap rukun Islam ini. Sebagai manusia yang hidupnya yang sederhana, kemungkinan agak sukar untuk kita memenuhkan rukun yang kelima kerana:




1. Kewangan
2. Pengangkutan
3. Keamanan
4. Kesedaran


Bagi saya, nombor 3 & 4 itu tak menjadi masalah kepada kita sebagai rakyat Malaysia kerana kita mempunyai kenderaan dan juga Malaysia bebas dari apa-apa musibah yang membuatkan kita terhalang daripada menunaikan haji. Tapi, yang tiada pada diri masing-masing ialah 1 & 4. Untuk menjawab nombor 4, bagi saya kita perlulah berdoa kepada Allah.



Firman Allah SWT

Dan Tuhanmu berfirman:”Mohonlah kepada-KU, niscaya akan Aku kabulkan, sesungguhnya orang-orang yang sombong ( dari) memohon kepada-Ku niscaya akan Aku masukkan mereka ke dalam neraka jahanam dalam kehinaan”


Sementara Rasullullah bersabda:

“Berdoalah kepada Allah dan hendaklah (kamu) yakin bahwa doamu akan dikabulkan. Maka sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa seseorang yang hatinya tidak berpengharapan ( kepada Allah )

Jadi dalam post kali ini, saya nak share beberapa doa penting bagi orang yang ingin dimudahkan oleh Allah untuk menunaikan ibadah haji. Doa ini merupakan perpaduan antara doa yang berasal dari ayat-ayat Al –Quran, Hadis-hadis Rasulullah dan doa yang berasal dari ijazah ( pemberian ) dari Ulama yang dapat dipertanggungjawabkan ke ‘aliman dan kesolehannnya
Antara doa-doa tersebut ialah:

1. Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan para shahabat baginda, yang dengan selawat itu Engkau sampaikan keinginan kami untuk melaksanakan haji ke rumah-Mu yang suci ( Baitullah ) dan ziarah kepada kekasih-Mu, junjungan kami Nabi Muhammad SAW dalam keadaan sihat wal afiat,selamat dalam santunan-Mu serta tercapai keinginan (kami)
2. Dengan rahmat-Mu Ya Allah Yang Maha Peyayang, jadikanlah kami ( sebagai tetamu-Mu) dan mudahkanlah kami berkunjung ke dua tempat suci ( Mekah dan Madinah) untuk memenuhi kewajiban Haji dan Umrah serta menziarahi kubur Nabi-Mu Nabi Muhammad SAW.
3. Ya Allah, tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkaulah yang membuat sesuatu yang susah menjadi mudah dan apabila Engkau kehendaki

Mudahkanlah kami Ya Allah, dan janganlah kiranya Engkau persulitkan kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kami dengan kebaikan

Semoga bermanfaat untuk rakan-rakan muslim saya. 

No comments:

Post a Comment