Tuesday, February 14, 2012

7 Rahsia Untuk Survive Dalam Realiti Hidup Sekarang (For Those Who Lives)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
 
Seriusly guys, semua org tahu kita smakin tua, yelah hari smakin datang, masa semakin suntuk sbb mati semakin menghampiri kita, tp kita xtahu bila kita nk mati. Kalau mati awal, senang cerita. Tak perlu nk fikir ape nk dibuat utk survive. Tapi perlu ke kita tunggu bila nk mati? Perlu ke kene hantuk dulu, kena lempar dlu, kene pijak dlu, baru nk terngadah, baru nk terngada2?

Something need to be done here. Somewhere we must start. We know the reality of the world now is unpredictable, harsh, and the challenges are over 9000 level. So what must we do to survive?
So dalam post kali ini saya akan share dengan anda tentang 7 rahsia utk survive.

1. Tambahkan good value anda, Penuhkan tangan anda, Gemukkan poket anda
                Bukan setakat utk survive je, maksimumkan potensi diri anda dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Be proaktif, Don’t be reactive. Make money from it. Make a lot. And SAVE A LOT. Contohnya, Amirul mmg sgt style bila bab-bab melukis ni. Dia punya lukisan tu org sanggup beli dengan harga RM500. So dia continue dan tingkatkan dia punya value dalam seni lukisan, dia penuhkan tangan dia dgn income RM500 satu lukisan, spend 9/10 je dari setiap sales yang dia dapat dan gemukkan poket dia dengan lebihan 1/10 tu. Hati pun banyak syok.

2. Control and supervise your spending.
                Pergh..kalau time-time dapat duit, mak ayah kasi, ptptn masuk, jpa masuk, mcm-mcm masuk. Mulalah tangan menggigil, hati berkocak-kocak, fikiran dan habis fikir da nak beli apa. Nafsu membuak-buak pulak. Time tu la wayang ada movie best, time tu la lapar Big Apple, lapar Kenny Rogers, lapar Domino Pizza. Carl’s Jr. pon tak lepas. Relax my friend. Bila jadi keadaan macam itu, tampar-tampar la muka tu. Buatlah financial planning. If you fail to do financial planning, you are planning to financially fail. Time mcm ni la nk tengok kita ni bijak atau tak. Org bijak dia dapat seimbangkan keperluan semasa, keperluan masa depan dan kehendak (nafsu) semasa. Get More, Spend Less, Save More.

3. Jadikan emas anda berlipatkali ganda.
                Mana datang pulak la emas tetiba jah. Emas maksud saya di sini ialah duit anda (emas betul pon boleh pakai). Assume your money is gold. Bila kita dah follow 2 rahsia di atas, rasa macam best je dapat simpan duit banyak-banyak dalam tabung, dalam bank ye. Tapi kalaulah awak simpan RM100 je tiap-tiap bulan, memang awak nampak itu je lah duit yang ada, takda tambah-tambah pun. Friends, your saving is only the beginning to survive. Perolehan dari simpanan awak itulah yang mampu untuk tolong awak untuk survive dan kaya-raya. True said, Invest!

                Invest bukanlah bermaksud utk org yang sudah kerja saja. Yang bergelar pelajar pun  boleh invest. Dah alang-alang simpan, biarlah beranak. Kekayaan bukanlah terletak dengan jumlah kuantiti yg ada dlm poket itu saja, tapi kualiti pendapatan yang kita dpt dari jumlah kuantiti yang sikit itu yang penting. Boleh tanya Syeikh Google berkenaan investing ni.

4. Jaga harta anda dari kehilangan
                Kalau main semberono saja simpan duit pun tak boleh. Simpanlah dengan bijak. Jangan tamak. Invest dengan org yang anda percaya dan dalam bidang yg anda suka. Invest sikit takpe, kalau boleh invest dalam banyak tempat tapi dalam kuantiti yang kecil, pun takpe. Biar slow-slow, asalkan bergerak.

5. Dapatkan rumah sendiri, Tinggallah di rumah sendiri
                Kalau seseorang itu dapat guna 1/10 simpanan itu utk pelaburan yang menguntungkan, maka hartanya insyaAllah bertambah dengan lebih cepat. Ramai orang yang kita kenal dan kita tengok (org yg kita tak kenal), duduk dalam rumah sempit, kadang-kadang dalam rumah sempit tu ada 7 orang penyewa (bujang), bayar sorang-sorang sebulan RM 70, tidur pulak kat luar sbb takde bilik, sayu je rase. Tapi takpelah sebagai permulaan utk berdikari, dalam masa yang sama simpan dan laburlah supaya satu hari nanti dapat beli rumah banglo 2 tingkat atas, 2 tingkat bawah satu hari nanti.

6. Pastikan ada pendapatan utk masa depan (for emergency case, after retire, and better future)
                Tolong bersedia dengan dengan pendapatan lebihan utk menanggung risiko-risiko yang mungkin terjadi pada diri kita. Minta maaf cakap, time-time tu la kita accident+masuk hospital pulak, skill perubatan utk kita perlu mestilah nk yg cekap kan, kalau boleh nk la yang cepat baik. Tapi kos pulak mahal. Lagi sadis, kos perubatan tu cukup-cukup dengan saving kita. So untuk mengelakkan dari perkara yg tak diingini terjadi, eloklah cari agen takaful mcm saya ni (nk promo diri sendiri sikit) utk berurusan berkenaan coverage for your risk management.

                Kalaulah kita buat bisnes atau kerja makan gaji ke, sampai umur berapalah kita nk berhenti berehat dan bersara, kalau orang yang macam pakcik Man belakang rumah saya ni yg nk bersara umur 55 tahun, kalau ada kudrat boleh la kerja sikit-sikit, nk harapkan KWSP, statistik kata 3 tahun je dapat tahan duit tu, kita pulak malas nk susahkan anak-anak, masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Jadi kalau la kita invest sikit dari sekarang utk retirement plan kita, insyaAllah ringan sikit beban kita nanti.

7. Bersedekah dan Bayar zakat.
                Yang ketujuh ini bagi saya secara peribadi sangatlah penting. Kalau kita terapkan nilai ini dari sekarang, nanti bila da kaya, dapatlah kita cuci dan hilangkan perasaan kedekut, bakhil, dengki-mendengki dan tamak haloba antara satu sama lain. Kita pun dapat tolong orang yg susah macam kita sebelum kita kaya. Yelah kita jadi kaya pun mungkin sebab dengan bantuan orang lain, secara sedar atau tak sedar saja. Jadi kita tolonglah orang-orang yang susah. Supaya bukan poket harta saja gemuk, poket pahala amal pun gemuk jugak. InsyaAllah.


Akhir sekali, klik sini jika anda sudah mula memikirkan mengenai simpanan untuk masa depan anda. Saya sudi membantu anda untuk merancang.

So with that, setakat ini sahaja rahsia utk survive yang saya dapat kongsikan dalam post kali ni. InsyaAllah, semoga ia bermanfaat utk anda semua dan utk diri saya sendiri.
=)

2 comments:

  1. aku memang fail bab kewangan ni.. mungkin bleh ikut step ni lepas ni

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, mana yang baik kita ikut =)

    ReplyDelete