Friday, February 17, 2012

[Produk] MAA Takafulink Education

PENGENALAN
Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Simpanan di institusi bank atau saham amanah tidak menjaminkan simpanan yang berterusan jika sesuatu musibah berlaku kepada ibu bapa seperti kematian atau hilang upaya kekal. Dengan ini, simpanan menerusi pelan MAA Takafulink Pendidikan menawarkan satu pelan simpanan yang komprehensif dan terjamin untuk masa depan pendidikan anak-anak. 
HADIAH KECEMERLANGAN SPM
Jika anak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM, sejumlah hadiah di dalam bentuk wang tunaikan akan dihadiahkan kepada anak:
SPM 5A          RM500
SPM 8A         RM1000
DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK
Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan. Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.
PENGECUALIAN CARUMAN
Jika pencarum sama ada ibu atau bapa mengalami musibah-musibah seperti telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, hilang upaya kekal atau meninggal dunia,  simpanan bulanan pencarum akan diambil alih oleh  MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga anak menjangkau umur 25 tahun.  Ini bermakna, simpanan pendidikan anak terjamin walaupun pencarum (ibu/bapa) mengalami musibah penyakit, hilang upaya kekal atau meninggal dunia.
PAMPASAN UNTUK PENCARUM (IBU/BAPA) JIKA BERLAKU KEMATIAN TERHADAP ANAK
Jika berlaku kematian terhadap anak, sejumlah wang pampasan akan diserahkan kepada pencarum sama ada ibu atau bapa.
TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Pendidikan menyediakan tabung kecemasan jika anak mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan pencarum (ibu/bapa) untuk menampung kos sara hidup seharian apabila anak tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.
TABUNG PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL
Jika anak didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.
ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika anak dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital.
ELAUN PEMBEDAHAN
Anak akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.
KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan simpanan MAA Takafulink Pendidikan ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.

Jika berminat, boleh klik Registration for Quotation di bahagian kanan blog ini atau hubungi saya seperti di bawah:


Amirul Mu'min Shaharul Badri


Konsultan MAA Takaful,


013 - 465 4125
ilhamputeh@gmail.com

No comments:

Post a Comment