Showing posts with label MyStory. Show all posts
Showing posts with label MyStory. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Dugaan AKAN Tiba juga.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Setiap orang mempunyai dugaan dan cabaran hidup masing-masing. Ada yang ditipu, ditindas, diperlekehkan dan macam-macam lagi buatan orang terhadap diri masing-masing. Aku tidak mengalami semua ini sehinggalah pada tahun 2006.
        
        2006 merupakan bermulanya tahun aku melangkahkan kaki ke zaman remaja yang lebih mencabar. Berkat keputusan PMR, aku berjaya ditempatkan ke STAR Ipoh, sebuah SBP Elite Premier, atau begitulah panggilannya. Aku terasa disisihkan kerana mungkin aku seorang freshie (pelajar baru) dikalangan mereka yg mana telah berada disitu semenjak 2003. Ada di antara mereka yang melayan ku dengan baik. Ada di antara mereka telah meninggalkan parut di hati akibat perbuatan mereka dibelakangku. Apalah sangat yang aku boleh lakukan kerana aku hanyalah seorang pelajar yg baru yang culture shocked. Dituduh mencari publisiti murahan kerana berbaik dengan seorang guru praktikal. Digelar Mat Indon kerana suka menyanyi lagu indon masa itu. Haih..itulah zaman remaja aku yang perit.
         
       Tapi Alhamdulillah semua perjalanan aku disekolah itu semakin baik pada tahun 2007. Aku sudah lali dengan kata-kata orang. Aku juga mempunyai ramai teman-teman yang baik. Dan oleh sebab itu kenakalan aku juga menunjukkan diri. Memanjat bangunan 4 tingkat hingga duduk di bumbung, menulis nama di tangki air di bumbung tersebut, fly dari sekolah dan macam-macam lagi. Seronok betul bila diingatkan kembali. Boys will be boys. That’s all I’m saying.
      
          Tahun 2011 merupakan salah satu titik tolak dari sikap aku yang terhasil daripada tahun 2007. Aku tersentak apabila aku terjatuh dalam satu kumpulan bisnes yang membuatkan aku berhutang sebanyak RM 2110. Satu minggu yang pedih aku alami setelah dibawa oleh kawan baikku sendiri pada waktu itu. Aku tidak salahkan dia kerana membawa aku ke situ. Aku menyalahkan diri aku sendiri kerana aku tidak kuat mengawal tekanan yang ada dalam diri waktu itu. Aku masih mentah. Hutang itu dikira paling banyak yang aku pernah lalui setakat ini. Akibatnya memberikan impak yang sangat besar dalam hidup aku.
           
     Tapi tidak mengapa, aku anggap dugaan itu sebagai salah satu platform untuk aku melompat lagi tinggi untuk mencapai kejayaan.

The Birth and The Story After

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada pagi April 11 haribulan tahun 1990, tersaksinya dunia akan keperitan seorang wanita dalam melahirkan anaknya yang pertama ke dunia ini. Atas kurniaan Allah wanita ini dikurniakan seorang anak lelaki. Alangkah gembiranya hati suaminya kerana kelahiran ini berakhir dengan jayanya. Lalu anak ini diazankan sebagai tanda kesyukuran dan dinamakan sebagai Amirul Mu’min yang bermaksud Pemimpin Orang Mu’min.
    
            Amirul Mu’min ialah nama yang sangat unik yang telah diberikan oleh ibubapa ku. Personally, aku berasa berat untuk membawa nama ini kerana maksudnya yang sangat mendalam dan penuh dengan tanggungjawab sebagai salah seorang khalifah di atas muka bumi ini. Walaubagaimanapun, aku dibesarkan dengan penuh kesederhanaan dan susah payah ibubapaku.
      
          Zaman kecilku penuh dengan pindah randah. Sehingga kini, aku telah bermastautin di pelbagai tempat di Malaysia ibarat anak kepada seorang tentera. Ampang, Setapak, Pulau Pinang, Ipoh, Temerloh dan kini Bentong. Bermacam-macam pengalaman telah kurasai. Segala kenakalan dan masalah hidup aku tempuhi berseorangan dan kadang-kadang bersama ibu bapa ku. Sebagai anak sulung dalam 6 orang adik beradik, kadang-kadang aku melihat diriku sebagai seorang abang dan sebagai seorang adik. Kerana sikap ku suka bermanja-manja, lembut hati, pemalas dan takut-takut banyak merosakkan imej aku sebagai seorang abang secara peribadi.
      
          Namun kini di saat umur aku hampir mencecah 22 tahun, aku bertekad untuk mula bertindak melakukan sesuatu untuk menaikkan taraf kehidupan aku dan juga keluargaku.

Langkah Terbesar. Langkah Pertama. Now It's The Time To Begin.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

“Be wise in time, be strong in confidence, hold your motivation tight and world will be your right”

Kejayaan akan datang selepas permulaan. Setiap manusia mempunyai permulaan masing-masing. Dari situ segala cabang ilmu, pengalaman, dugaan dan cabaran akan ditempuh. Dan setiap perjalanan ini harus direkodkan sebagai tanda ingatan kita pada diri sendiri.
             
   Inilah tujuan saya dalam menulis blog ini. Sebagai satu ‘platform’ untuk saya berbicara sendiri mengingati segala ilmu dan pengalaman yang saya tempuhi selama saya berada di dunia ini. Suka juga saya ingin berkongsikan perjalanan hidup saya ini sebagai salah satu pengajaran dan tauladan kepada sesiapa yang ingin merisik kejayaan kelak.
        
        Saya seperti manusia yang lain mempunyai jatuh bangun sendiri. Walau pada saat saya menulis artikel ini saya masih lagi bergelar seorang pelajar. Saya masih lagi menuntut di salah sebuah institusi awam di Malaysia ini. Mempunyai cita-cita yang besar dan juga kemahiran-kemahiran yang tertentu. Para pembaca akan dapat berkenalan dengan saya dengan lebih dekat setelah membaca beberapa post saya di sini. Kerana blog ini akan saya gunakan untuk mencoret langkah-langkah saya dalam meniti perjalanan yang jauh ini.