Monday, February 13, 2012

Apa akan jadi bila...? Anda mampu tak bila....?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang ini rata-rata anak muda seperti kita tidak mengetahui mengenai perlindungan risiko hidup dan harta. Yelah, semuanya chill+rileks je dlm hidup ni kan. kita tak expect apa-apa pun dalam hidup ni. Bak kata orang "follow the flow". Sebenarnya ada betul dan ada yg kurang tepat dengan ungkapan tu. Apa yang kurang tepatnya? Mari kita sama-sama lihat.

Semua orang tahu tarikh lahir masing-masing. Semua orang tahu kita dilahir dimana, bersekolah di mana dulu, betul tak?
So let me ask you something, jika anda tahu tarikh lahir anda, maka:
  • tarikh akan sakit TAHU?
  • tarikh nak masuk hospital TAHU?
  • tarikh nak mati TAHU?
So if you really can answer those question, then the quote "follow the flow" can be used.

Apa akan jadi kat kita bila kita sakit DAN tidak cukup duit nk bayar medical fees kita?
Nanti bila dah tua dan bersara, siapa nak tanggung hidup kita? time tu pulak la sakit. time tu pulak la nk ade duit bayar hospital. dan time tu pulak tak cukup duit nak bayar hospital.

So only two things that exist our world that maybe can help in these kind of condition

  • Takaful
  • Insurans
Fungsi dua-dua instrumen ini sama saje. Iaitu untuk menanggung risiko yang kita tak sangka akan jadi, contoh mcm sakit yang bahaya atau apa-apa je yang perlukan duit utk settlekan. tapi ada juga perbezaan antara dua-duan instrumen ni.

Insurans KonvesionalTakaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
 * Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Perbezaan ini saya copy dari laman web blog Ustaz Zaharuddin. One of the most trusted people on handling people's problem when it comes about money.

So saya harap pembaca semua dapat menilai mana yang baik dan yang buruk. Tak lupa juga perniagaan Takaful ini boleh disertai dengan Non-Muslim jugak. The More, The Marrier.

No comments:

Post a Comment